Recent Posts

nUfFnaNg HerE

mari blaja tentang~

Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji

Bile?
disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun

Maksud?
Dari segi Bahasa: korban bermaksud dekat
Dari segi Istilah: ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya

Sejarah?
disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan

merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah

Bagaimana?
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah

diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah

sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah

lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA =)


p/s: xdpt nk wat entry psl pagi raye kt cni coz vitamin segan nk amik gamba kt masjid..

2 comments:

YobSumo

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA JUGA KEPADA KAMU DAN FAMILY!

Rash

tQ yobsumo =)